Langsung ke konten utama

Pengumuman pembukaan semula Pondok selepas PKP Lockdown covid 19

 السَّلَامُ عَلَيْڪُمُ وَرَحْمَةُ اللَّٰهِ وَبَرَڪَاتُهُ

بِسْــــــــمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِـــــــيْمِ 


Pengumuman pembukaan semula Pondok selepas PKP Lockdown covid 19


Sama² kita mulakan dengan Solawat :

اللّٰهمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدنا مُحَمَّد وَآلِ سَيِّدنا مُحَمَّد.

فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ


Tuan/Puan

Semua waris yang dihormati

Hafizhokumullah Wa Ahlakum


Alhamdulillah sukacitanya dimaklumkan hasil mesyuarat pengurusan dan restu dari syeikhuna , tarikh pelajar DIWAJIBKAN kembali ke pondok untuk meneruskan pengajian secara bersemuka dan berperingkat adalah seperti berikut :


A) Pelajar Kitab ( I'dad ) 

     ~ Balik pondok 30 Oktober 2021

     ~ Jam 9.00 - 10.00 pagi sahaja

     ~ Samada sudah vaksin / belum

     ~ Benar² sihat dan tidak bergejala

     ~ Tidak dalam arahan kuarantin

     ~ Tidak kontak rapat pesakit c19

     ~ Pengajian secara online adalah 

         diteruskan sehingga 28 Oktober


Pelajar yang akan meneruskan pengajian ke peringkat Tafaqquh Tinggi di Ma'ahad An-Noer Janda Baik Pahang hendaklah juga balik ke pondok terlebih dulu pada 30 Oktober (Usulan dari Syeikhuna) dan mengikuti semula kelas i'dad bersemuka dalam tempoh 2-4 minggu sebelum diterima masuk sebagai pelajar Tafaqquh Tinggi di Ma'ahad An-Noer (ulangkaji kelas online yang banyak ketidaksempurnaannya)


(B) Pelajar TahfizDad 

       ( Umur 15-16 tahun )

      ~ Ahad 7 November 

      ~ 9.00 - 10.00 pagi sahaja

      ~ Kelas online diteruskan 


(C) Pelajar TahfizDad

       ( Umur 13-14 tahun )

       ~ Sabtu 13 November

       ~ 9.00 pagi - 10.00 pagi sahaja

       ~ Kelas online diteruskan


PANDUAN AM PENGOPERASIAN :


~ Pelajar balik asrama bersama waris

~ Waris hanya drop in anak sahaja

~ Waris tunggu dalam kenderaan

    sehingga selesai Kit Ujian Kendiri

~ Serahkan borang kebenaran waris

~ Tanpa kebenaran KUK anak    

    tidak dibenarkan masuk asrama

~ Pelajar masuk asrama jika negatif

~ Had pakaian seperti pada lampiran

~ KUK disediakan oleh pondok

    dengan kos dari waris

~ Tiada hari lawatan anak / outing 

    sehingga dibenarkan oleh Jabatan

~ Agihan bilik asrama telah 

    disusun semula dengan SOP

~ Pelajar dibenarkan membawa cadar 

    tilam dan sarung bantal sendiri 

    (pilihan bebas corak dan warna)


TAMBAHAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN :

Tudung Labuh Putih 2

Tudung labuh warna 2

Purdah Putih 2

Jubah Hitam 3

Jubah warna bebas 2

Baju Kurung Labuh 5

Baju Muslimah 3

Seluar panjang 2

Kain skirt labuh 2

Kain Batik 2

Tuala mandi 2

Telekung warna bebas 2

Selipar bertutup 1

Setoking hitam 2

Setoking bebas warna 2

Peralatan mandi , baldi dan gayung

Penyangkut baju 

Tasbih rantai / digital


NOTA PENTING :


Mohon waris benar² memeriksa dengan terperinci agar pelajar tidak membawa barang² DILARANG terutama Rokok , Vape , MP3 , Radio , Pemanas air , kuali elektrik , pembakar roti , Maggi , makan ringan berperisa , air berkarbonat .


👇👇👇👇

#TERKINI : 


SEMUA PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA HANDPHONE SEPANJANG BERADA DI PONDOK .. pihak pengurusan akan menyediakan telefon untuk pelajar bersilaturahim dengan waris setiap minggu secara bergilir.

..................................................


Sekiranya barang² tersebut dirampas , pihak pengurusan berhak melupus dan merampas tanpa dikembalikan.


AKHIRNYA .. segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakumullahu khoirol jazak.. 


Sekian ..

AlfaqirMohammad..


🤲 🤲 🤲

Ajarkan anak² mukjizat ini :

Surah Al-Anbiyaa (ayat 79)


فَفَهَّمْنَٰهَا سُلَيْمَٰنَ ۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ


"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

Komentar

Postingan populer dari blog ini

 JEMPUTAN KHAS MENYERTAI GROUP BADRUTTAMAM.. Kami dengan rendah diri & penuh hormat mempelawa Tuan / Puan bagi menyertai Group ini yang dibuka khusus bagi tujuan dibawah : 1️⃣Mendapatkan Dana Operasi Darul Quran sebanyak RM7,500 sebulan ( Gaji Guru, Yuran Asrama, Makan & Minum utk 15 pelajar Tahfiz & Air / Letrik). ▶️Setiap peserta disarankan untuk memberikan sumbangan minima RM15/minggu atau RM75/bulan bagi menampung kos Operasi Darul Quran. ▶️Peserta disaran agar menyalurkan sumbangan ini setiap Subuh Jumaat bagi meraih berbagai kebaikan & mendapatjan ganjaran yang lebih tinggi. 2️⃣Membantu mendapatkan Dana untuk Wakaf Pembangunan Darul Quran. Digroup ini kami akan menyediakan berbagai lapuran & aktiviti yang berkaitan dengan Darul Quran.. 🌸Jika Tuan/ Puan berminat boleh klik pada link dibawah ( Harap tidak dikongsi link ini kerana tempat amat terhad ) 🤲Jika Tuan / Puan sudah menyertainya sila abaikan jemputan ini ya.. Terima kasih..🌸🌹 https://chat.whatsap...

*WAKAF TANAH* PONDOK TAHFIDZ NUR MUHAMMAD

🔴 *WAKAF TANAH*  PONDOK TAHFIDZ NUR MUHAMMAD  • TERHAD 300 lot sahaja • 1 lot RM70 ( 1 kaki persegi / 30 Cm persegi ) 🔴Skim Tawaran. ✅Terbuka kepada Ahli Group & Ahli keluarga terdekat.  🔴KEGUNAAN TANAH WAKAF. ✅Pembangunan asrama Santri dan santriwati Pondok Tahfidz Nur Muhammad ✅Hakmilik tanah akan KEKAL atas nama Pondok Tahfidz Nur Muhammad tidak boleh ditukar milik. Terima kasih..🌸🌹